Wednesday 29 January 2014

Taska

Pogram yang lama telah aku idamkan ialah merangsang anak2 3 hingga 4 tahun untuk lebih bersedia dari segi emosi dan fizikal melangkah ke pra sekolah pada 2015.

Ku namakan ia Pra Persediaan Ke Pra Sekolah (ppps). Seramai 5 kanak2 yg telah ku pilih.
Irfan Syafi, Hafizzudin, Azwa, Ayesya dan Muhammad Aqil.

Pogram pppc ini lebih menarik kerana penglibatan ibu bapa secara lebih consistant akan dapat membantu anak2 cepat menyerap apa2 saja yg d pelajari si taska..

Semua aktiviti dan rutin anak2 akan direcordkan di Log Harian pelajar. Ini akan memudahkn ibu bapa mengulangkaji aktiviti di taska.

Contohnya. Bila di taska mereka belajar membaca al fatehah, pengasuh akan merekod di Log Harian tahap pencapaian anak2. Ibu bapa yang prihatin akan mengajar pekara yg sama di rumah.

Untuk hari ini... ini sahaja info yg mampu saya update.. nexttime saya kongsikan telatah setiap anak2...


Posted via Blogaway

Rakaman spontan

Bilamana utz Ellyeen Amineen requested satu video mewakili hasil didikan Raudatul Iman pada 26 Jan 2014... akal mula memikirkan ..'siapa?' Yg nak ku wakilkan....

Tujuan beliau meminta tidak diketahui, bersangka baik sahaja. Jika Utz Ellyeen tolong promote Raudatul Iman pun apa salahnya.

Parking van dan hampir maghrib aku suruh Balqis yg mmg brsahaja jika membaca al quran utk bersedia utk d record.

Dlm merecord tu mcm2 bunyI yg keluar... hehehe

Si Sumayyah (anak ke 5 ku memecahkab cawan hiasan)... terkejut, tapi balqis masih bersahaja meneruskan hafalannya.

Si Uwais pula datang membawa tupperware berisi biskut duduk di sebelahku sambil mengetuk2 tupperware ke lantai...

Aishhh... mcm2 gangguan. Malas nak ulang rakaman ku teruskan saja rakaman.

Tangan ku sebelah mmegang Al quran, memeriksa hafalan si  Balqis (6 thun) ... anak ke 4 ku.

Si Shahrul Fiqrie membersihkan kaca yg pecah tadi menyampuk membetulkan bacaan si Balqis.

Walau apa keadaannya aku sedikit tersentuh hati bila mana aku menyedari yang surah al baqarah mula sebati di bibir anak2. Mengapa dulu aku tidak dikesempatan seperti mereka?

Hanya Allah yg maha mengetahui.

Bila siap rakaman aku terus watsuppkan saje video tanpa aku edit atau aku tengok dulu....

Dlm hati berkata...nasib la utz... waktu dan ketika ni....ini saja mampu ku beri..... mudah2an Balqis membawa nama Raudatul Iman uk membuka minda ibu bapa di luar sana yang usia bukan penghalang utk menghafal al quran.

Pernah ada parent yg menghantar anak ke taska ku merungut kerana aku meminta anaknya menghafal seminggu satu ayat... katanya belum sampai masa....
Yer... belum sampai masa... bila mana dlm alam balzah kamu merintih meminta pahala dari anak yg soleh atau solehah... saat itu anak2 mereka masih berkata "belum tiba masa"... nauzubilllah....

Aku tidak berniat untuk mnjadikan ini satu riak atau taqabbur namun aku mahu semua anak2 kecil diwajibkan oleh ibu bapa hantar kekelas menghafal al quran dan mengaji al quran. Jalan kan semunya serentak... jgn di tangguh2 lagi.


Posted via Blogaway

Dunia ku

Melayani satu satu karenah anak2 memerlukan tahap kesabaran yang tinggi.

Mengekalkan pentalbiahan pada mereka supaya hati mereka subur dgn syukur dan menanam cinta pada al quran bukan nya ada teori a atau b atau c....

Selagi kita tidak nampak apakah yg kita tuju dan apakah harta yg akan kita tinggalkan kita tak mampu untuk istiqomah.

Dalam pada itu,  peperangan hati ke hati bilamana sesuatu yg kita sukai menjadi musuh untuk anak2. Dek kerana sayangkan mereka kita menjauhi kesukaan itu.

Sejauh mana keberkesanan, itu milik mutlak maha perancang. Yang merah ku kata merah
Yang hijau ku kata hujau
Pilihan warna ada masa milik kita dan sedikit saja milik mereka.... usah di lontar mereka kepada kebinasaan.


Posted via Blogaway